wow!!!!!!!!!!
Benar + xTipu + Fakta + Jujur = Lu pikirla sendiri
Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk
projek penanaman Ubi GADONG bagi memastikan rakyatnya mempunyai payudara yang
besar.
Rancangan ini mendapat sokongan 100% daripada Wanita UMNO Terengganu! Negeri
lain tak nak cuba ke projek ini?
info dr Mr G
SUMBANGAN UBI GADONG
Walaupun
beracun, tetapi masyarakat Melayu dan orang asli telah menjumpai cara untuk
menghilangkan racunnya. Sejak zaman dahulu, mereka telah menggunakan ubi ini
sebagai makanan dengan cara merendamkan ubi tersebut di dalam air yang mengalir
(seperti sungai) selama beberapa hari. Apabila direndam, kandungan dioscorine
di dalamnya akan dilarutkan oleh air dan lama kelamaan, ubi ini akan bebas
daripada dioscorine .
Kajian saintifik
juga menunjukkan bahawa ubi ini kaya dengan bahan yang disebut sebagai steroid.
Steroid di dalam ubi ini terdapat dalam bentuk yang bergabung dengan gula, iaitu
saponin. Steroid ialah sumber asli yang penting dalam pengahsilan ubatan dan
hormon. Saponin ini juga bersifat anti agresif platlet iaitu saponin boleh
menghalang pengetulan (agresif) paltlet di dalam darah. Secara tidak langsung
saponin dapat menghalang penyakit darah membeku dalam saluran trombosis.
Di Maxico, ubi
ini ditanam secara komersial untuk tujuan penghasilan ssteroid. Steroid ini
boleh diproses untuk dijadikan hormon seks, pil pencegah hamil dan bahan
kortison.
PROSES UNTUK HASILKAN UBATAN
Dalam proses
menghasilkan bahan-bahan ubatan, ubi yang matang dipungut dan diekstrak dengan
menggunakan bahan petroleum. Pengekstrakan ini akan menyisihkan bahan steroid
daripada bahan-bahan lain yang terkandung dalam ubi ini. Selepas diekstrak,
sebatian- sebatian steroid yang diperolehi diproses untuk mengubah stuktur
kimianya bagi membentuk bahan tertentu yang diperlukan. Kemudian steroid ini
akan disteril dan dibotolkan sebagai ubat.
KEGUNAAN-KEGUNAAN LAIN
Selain daripada
kegunaannya sebagai sumber steroid dan ubatan, ubi gadong juga mempunyai banyak
kegunaan lain. Di Kashmir, ubi gadong ini digunakan untuk membasuh bulu
biri-biri sebelum dijadikan pakaian atau barang perhiasan. Pembasuhan dengan
perahan ini dikatakan boleh membunuh kutu dan serangga yang terdapat di bulu
biri-biri itu. Ekstrak ubi ini juga dikatakan boleh membunuh siput dan kesan ini
disebabkan oleh saponin.
Walaupun ubi
gadong ini telah lama digunakan sebagai sebahagian daripada makanan masyarakat
Melayu namun tanpa kajian dan penyelidikan di kalangan para penyelidik, khasiat
ubi ini mungkin tidak diketahui.
|
::: ini la rupenyeee ::: |
|
::: mmg org2 tua je la yg tau khasiat yg ada dlm mcm2 jenis tumbuhan kan...sampai kat tgn org2 muda..di olahkan jadi yang lain...urmmmm :::
|
*nak baca pon dh segan...tapi nak bgtau gak org lain..ilmu ptt di kongsi haksss*