Wednesday 31 October 2012

::: 9 ::: My BestFriends Wedding

Congrates Korang!!
 
 Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,
debu beralih emas,keruh menjadi bening,sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga,derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
 
Yong Peng Bt Pahat :: Abong & Ezs

5.3.2011 :: Kota Tinggi Johor :: Nazri & Amie
11.3.2012 :: Seri Kundang :: Mazlina
1.6.2012 :: Bangi :: Ab & Diha

30.6.2012 :: Seri Medan Bt Pahat :: Helmy & Nisa


Friday 17 August 2012

::: 8 ::: Da BEST Email :::

YEAYYY !!!!!



THANKS DRB

*Nota Gediks *


aku balik kol 4! sbb jap lagi nak IFTAR ngan elin
alang2 elin balik kol 4.30..so idokler aku tercongok sesorang kat Empire tu nanti...

Thursday 16 August 2012

::: 7 ::: SALAM AIDILFITRI 2012 :::

Ampun dan maaf andainya diri ini…
Terkasar bahasa dalam bicara    
Tersilap bicara semasa bersama
 Termarah yang tak kena tempatnya   
Tertanya tak tentu hala..
 Tersasul yang tak sengaja   
 Terpukul kat mana-mana   
 Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala   
Terpinjam terambil harta & benda   
Termoody tak semena-mena   
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya korang terima
 Termacam-macam yang kena-mengena.­.  
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,   
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
 Kerana diri ini masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,   

Salam Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin

 
*Nota Gediks*
Raya tahun ni xmau bg angpau..tapi nak bagi kad kawen !! (^_^)

Friday 10 August 2012

::: 6 ::: UAL Family Day :::

FUN @ WORK: FAMILY DAY @ SUNWAY LAGOON 10.11.12

We would like to announce our 2012 Family Day.
All employees and their family members are welcome to join the fun at Sunway Lagoon.


Hopefully time ni dpt Lucky Draw lagiii..lagii?? ye..sbb last year aku dpt Jam tangan Tissot!
 sape yg nak bg ooooo...Gigil kot naik pentas...
Tahun ni mana la tau rezeki PB ke kannn..eh eh ..gedikks sgt...=)
kalau time ni aku dpt pergi,maksudnye kami masih PJJ lagi la..dan aku belom dpt kerja di JB sobsobsob....

*Nota Gediks *
 dapat je email ni  terus ckp dlm hati...
Yeayyyy!!! leh bawa Hubby!!hahahhahaha





Wednesday 8 August 2012

::: 5 ::: DERHAKALAH IA :::

Kisah Benar:Lelaki Belikan Daging Babi Untuk Ibu Berbuka Puasa
SUMBER : Kalam Nadi Kota  
  Tak mampu saya  nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceitakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini.Sekitar awal 90an,seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya  tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan,dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi  yang ketika itu bertugas sebagai  pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.
 
Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati.Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya.Dia seorang yang nakal dan liar.Tidak mengerjakan solat dan berpuasa.Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu sedang tidur.Dia tak mahu pergi ke pasar.Berulang kali disuruh sang ibu,dia tetap berdegil.Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa,dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas,dibelinya daging untuk ibunya memasak.Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.
 
Pemuda berhenti bercerita kepada  ustaz.Tiba tiba dia menangis lagi.Meraung bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu tangisnya dia bertanya ,"Ustaz tahu daging apa yang saya beli?",Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu."Daging apa?" tanya ustaz kembali."Saya beli daging babi ustaz!,saya berdosa Ustaz"jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata.”Masya Allah”hanya itu saja yang mampu diungkapkan.
 
Lelaki 30 an meneruskan cerita.”Pernah satu hari  dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ”ceritanya lagi.”Saya bagi tau ibu,saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup.Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor”.”Ya Allah besarnya dosa saya ustaz”.
 
Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz  itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia.Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat.Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan,pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular.Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya  kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.
 
Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali.Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri  seperti dilakukan pemuda tadi.
 
Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa ,laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua.Dua orang ibu bapa boleh  pelihara sepuluh orang anak hinga remaja.Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.
 
Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran.

Tuesday 7 August 2012

::: 4 ::: Speechless :::

wow!!!!!!!!!!
Benar + xTipu + Fakta + Jujur = Lu pikirla sendiri



Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk projek penanaman Ubi GADONG bagi memastikan rakyatnya mempunyai payudara yang besar.

Rancangan ini mendapat sokongan 100% daripada Wanita UMNO Terengganu! Negeri lain tak nak cuba ke projek ini?
info dr Mr G
 

SUMBANGAN UBI GADONG
Walaupun beracun, tetapi masyarakat Melayu dan orang asli telah menjumpai cara untuk menghilangkan racunnya. Sejak zaman dahulu, mereka telah menggunakan ubi ini sebagai makanan dengan cara merendamkan ubi tersebut di dalam air yang mengalir (seperti sungai) selama beberapa hari. Apabila direndam, kandungan dioscorine di dalamnya akan dilarutkan oleh air dan lama kelamaan, ubi ini akan bebas daripada dioscorine .
Kajian saintifik juga menunjukkan bahawa ubi ini kaya dengan bahan yang disebut sebagai steroid. Steroid di dalam ubi ini terdapat dalam bentuk yang bergabung dengan gula, iaitu saponin. Steroid ialah sumber asli yang penting dalam pengahsilan ubatan dan hormon. Saponin ini juga bersifat anti agresif platlet iaitu saponin boleh menghalang pengetulan (agresif) paltlet di dalam darah. Secara tidak langsung saponin dapat menghalang penyakit darah membeku dalam saluran trombosis.
Di Maxico, ubi ini ditanam secara komersial untuk tujuan penghasilan ssteroid. Steroid ini boleh diproses untuk dijadikan hormon seks, pil pencegah hamil dan bahan kortison.
 
PROSES UNTUK HASILKAN UBATAN
Dalam proses menghasilkan bahan-bahan ubatan, ubi yang matang dipungut dan diekstrak dengan menggunakan bahan petroleum. Pengekstrakan ini akan menyisihkan bahan steroid daripada bahan-bahan lain yang terkandung dalam ubi ini. Selepas diekstrak, sebatian- sebatian steroid yang diperolehi diproses untuk mengubah stuktur kimianya bagi membentuk bahan tertentu yang diperlukan. Kemudian steroid ini akan disteril dan dibotolkan sebagai ubat.
KEGUNAAN-KEGUNAAN LAIN
Selain daripada kegunaannya sebagai sumber steroid dan ubatan, ubi gadong juga mempunyai banyak kegunaan lain. Di Kashmir, ubi gadong ini digunakan untuk membasuh bulu biri-biri sebelum dijadikan pakaian atau barang perhiasan. Pembasuhan dengan perahan ini dikatakan boleh membunuh kutu dan serangga yang terdapat di bulu biri-biri itu. Ekstrak ubi ini juga dikatakan boleh membunuh siput dan kesan ini disebabkan oleh saponin.
Walaupun ubi gadong ini telah lama digunakan sebagai sebahagian daripada makanan masyarakat Melayu namun tanpa kajian dan penyelidikan di kalangan para penyelidik, khasiat ubi ini mungkin tidak diketahui.
::: ini la rupenyeee :::
::: mmg org2 tua je la yg tau khasiat yg ada dlm mcm2 jenis tumbuhan kan...sampai kat tgn org2 muda..di olahkan jadi yang  lain...urmmmm :::
*nak baca pon dh segan...tapi nak bgtau gak org lain..ilmu ptt di kongsi haksss*

::: 3 ::: REWARDS FOR MALAYSIAN :::

"COnGraTulaTionS DatuK Lim ChonG WeI "

5 Ogos 2012 - Game yg sgt penuh emosi...penyokong kat rumah + restoren + kaki2 lima + kat Twitter sumenye berhashTag + FB ponn...sume status sama jeeew. takpe la aku kongsi kegembiraan kat Blog ni je ..
mmg meroyan jap aku tgok game ni...terjerit2...*hilang keayuan aku* =)
Apapun kepulangan Chong wei disambut bak seorg HERO!!

And  Glad to know that Singaporeans and Brunei also proud of our HERO...hehehe, Chong Wei is the best man!


The best part is, Kite sume dpt mkn BR FREE!!!!!!!!!!
make sure 8 malam kang sume dh beratur ye...takut stok habis je..eh?lupa nak deal ngan Cekla..nak p BR mana..hahaha..
Peluang hanya dtg sekali...opps! ke ni mainan POlitik?? TeTTTT


lepas berbuka kang aku akan merempit ngan cekla p Centerpoint Bandar Utama untuk menuntut HAK rakyat Malaysia!!
 hahahah GIGIH kan??
FREE oooii sape yg xnak...one scoop pon xkesah..
just nak be a part of org yg bakal berebut2 malam kang.

jap2...belom habis lagi..another rewards tok rakyat malaysia..ha..yg ni pon FREE gak! tp with Condition..heheheh...
senang je nak senyum kan rakyat MAlaysia ni...sume bg Free..kan sng..hahaha



UNTUNGLAAAAAAAA...pilih la hari2 yg berkenan tok mengunjungi cawangan yg berhampiran..Jgan lepaskan peluang! hahahahha

makanya :

9 Ogos ni aku mau makan McD
10 Ogos nak tapau Subway...free 1 gak
KFC baru makan Rabu lepas..=)

::: 2 ::: Thanks MPSJ !! :::

Suasana Di pagi hari.. dh la bgun sahur minum susu je..(tu pon cilok susu Cekla)

TIBA-TIBA

Ayah :: Kakak!! bangun! ko xbyr saman ekh??
Aku   :: Erkkk?? saman apa plak ni?? (konon2 xwat salah)
Ayah :: Ni ha...ko kan yg bawa BKC ni? masa ko keje kat Subang tu....
Aku   :: Mana???! cisss...byk nye!! 13 KOMPAUN tuuuu...alaaaaaaa...X-Boss
             lama kakak dh meninggal plak...camne nak kawtim saman ni?? berapa la kakak kena bayar ni..addoii...habis la duit   
             raya +  duit kakak nak kawen....=(   
Ibu    :: Tu la sape suh parking xbetul...

hurmmm...terkedu aku..teringat arwah X-boss ckp...xpe...u simpan je surat saman tu..kalau apa2 i tolong u...Tn Haji mmg sgt2 baik2......Al-Fatihah tok Tn Haji ******

Actually dulu keje aku mmg kena kuar masuk opis...sekejap2 kena p bank la...p beli brg2 la...maklumlah..company kecik..so kt la wat akaun, kt gak yg jd runner p sana sini...so faham2 je la..parking kat area Subang Jaya tu mmg sgt2 limited..xkan aku nk tunggu smpai ada parking kosong br aku parking then wat keje kan?? so aku apa lagi..cr la parking2 yg "Cun" tok parking. Tu yg aku Tercollect13 kompaun !!
 agak2 apa la nasib kwn2 aku yg keje PACARONA tu kan?? drg dpt x surat cinta mcm aku? nanti la aku risik2...

sampai je opis..terus aku cek bape byk aku kena kasi DERMA kat MPSJ ni....apa la nasib....melalak pon xguna...redha je la...


Nak tau bape aku kena????

RM 80 * 11 = RM 880
RM 40 * 2 = RM 80
TOTAL yang aku confirm akan menggigil tok bayar ialah
RM 960.00!!!!!!!!!!!!
sape nak tolong oiii???


Last Effort :: nak xnak aku kena p MPSJ gak ni..kena wat rayuan...mana la tau drg baik hati bg aku discount raya ke kan...xdpt 50%..70% pon dh cukup bersyukur! erk...* berangan je laaa*

tapi drg slalu ckp, MPSJ leh bg discount up to 50% je...

Dengan ini aku ISYTIHARKAN 13 OGOS 2012 aku cuti!!!.....
membazir cuti aku je...hrp2 dptla diskaun  +__+